Isteri membebel jadi inspirasi Black - Utusan Malaysia

Isteri membebel jadi inspirasi Black

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tanya mana-mana lelaki pun terutama yang sudah bergelar suami, pasti tidak gemar mendengar isteri membebel.

Ada suami yang lebih suka mengambil pendekatan diam dan mengasingkan diri apabila isteri berleter.

Begitu juga dengan penyanyi Black Hanifah atau nama sebenarnya Hanifah Md. Hanafiah, 32, yang mengaku kadang-kadang rimas dengan bebelan isterinya. Namun dalam masa sama, Black

Memuatkan artikel berkaitan…
BLACK HANIFAH
BLACK HANIFAH 

akui bebelan isterinya, Naquia Yasirah Mohd. Khairi kadang kala ada benarnya.

“Saya akui semua perempuan termasuk isteri saya kuat membebel. Saya anak bongsu, memang tinggal dengan emak sehingga usia 24 tahun. 

Dari kecil saya dengar emak membebel. Bukan sahaja emak tapi kakak saya pun suka membebel. Emak dan kakak memang kuat membebel. Saya ‘pasrah’ saja bila mereka buka mulut.

SAMBUL BEBEL

“Bila kahwin pada usia 26 tahun, isteri pula sambung bebel. Jadi saya anggap inilah generasi ketiga keluarga saya yang suka membebel,” kata Black sambil berseloroh. 

Namun, Black mengakui bebelan isterinya bagaikan ‘penyelamat’  daripada berlaku apa-apa yang tidak diingini. Bebelan isteri dianggapnya satu peringatan dan nasihat walaupun membuatkannya rimas.

“Pada awal perkahwinan kalau isteri membebel memang boleh mencetuskan pergaduhan kecil.

Sekarang saya banyak berdiam diri apabila isteri membebel kerana mula sedar bebelannya ada kebaikan. 

“Isteri memang ambil berat. Itu menyebabkan dia banyak bercakap kerana mahu mengingatkan apa yang perlu. Kadang-kala saya leka dan tidak sedar apa yang dilakukan betul atau tidak. Bila

 

isteri bebel, barulah saya sedar dan mula berfikir dalam setiap apa yang dilakukan. 

“Apabila isteri berasa tidak sedap hati, percayalah ada sesuatu yang akan berlaku kalau kita tidak berwaspada. 

“Misalnya, isteri sudah dapat mengagak bekas pembantu saya timbulkan masalah. Dia pun ada bermimpi  dan ingatkan saya awal-awal. 

“Akhirnya memang betul bekas pembantu saya buat masalah.

“Bukan itu sahaja, kadang-kadang kalau buat perkara kurang enak di belakang dia pun dia boleh tahu. Selalunya naluri wanita betul,” cerita Black.

Dek kerana bebelan si isteri, akhirnya Black mengambil inspirasi untuk menjadikan sebuah lagu yang berjudul Pok Pet ciptaan Kaduk, Mike Chan & Omar K. Lirik pula ditulis oleh Kaduk, Omar K dan Black.

Lagu Pok Pet mengisahkan wanita yang suka membebel dan banyak ‘songeh’. Namun, di sebalik bebelan tersebut ada hikmah yang tersembunyi.

“Saya akui  lagu ini memang inspirasi daripada bebelan isteri. Ia  bukan menghentam tetapi sekadar bercerita tentang perangai wanita yang suka membebel. 

“Setelah berbincang dengan Hazama atau nama penanya Kaduk, kami bersetuju buat lagu mengenai isteri yang suka membebel. Harus diingat, membebel dan queen control dua perkara berbeza. 

“Kami juga selesa dengan idea lagu ini yang jarang diketengahkan. Saya harap lagu Pok Pet akan terus diminati,”  kata Black yang ditemui pada acara pertunjukan Fesyen Lebaran 2019  DM Botique dan pelancaran minyak wangi DM Perfume baru-baru ini.  

Black yang  meminati koleksi Baju Melayu DM Boutique turut mengagumi bauan DM Perfume yang dilancarkan seperti Exclusive untuk lelaki dan wanita serta Bombshell by Victoria, Vanilla by Body Shop, Berry Kiss by Victoria Secret dan sebagainya.

Jadi komposer

Buat pertama kalinya, Black akan muncul dengan lagu ciptaannya sendiri berjudul Leraikan. Lagu yang akan dilancarkan pada akhir April ini merupakan percubaan pertama Black untuk menjadi komposer yang lebih disegani pada masa akan datang.

“Sebenarnya saya sudah ada beberapa lagu untuk diterbitkan sebelum ini, tetapi kurang yakin ketika itu. Sehinggalah lahirnya lagu Leraikan membuatkan saya betul-betul bersedia untuk menjadi komposer.

“Jika tiada masalah Leraikan akan dijadikan lagu tema untuk sebuah drama bersiri tidak lama lagi. Memang itu sasaran saya dan alhamdulillah ia menjadi kenyataan.

“Menjadi komposer adalah salah satu impian saya yang kini tercapai. Impian lain yang masih saya usahakan adalah menghantar emak dan ayah menunaikan umrah dan mahu menggenggam trofi Anugerah Juara Lagu (AJL),”  katanya. 

Untuk rekod AJL, sebelum ini Black pernah memenangi vokal terbaik melalui Aku Rindu Sayang Kamu), tempat kedua (Drama King) dan persembahan terbaik (Teman Pengganti).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini