Seorang maut, seorang kritikal terhidu gas toksik - Utusan Malaysia

Seorang maut, seorang kritikal terhidu gas toksik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 27 April – Seorang lelaki maut manakala seorang lagi kritikal selepas terhidu gas toksik dari tong simpanan ikan lama di Jalan Lubuk Poring, Sepanggar, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari, mangsa Hasril La Ridi, 42, disahkan maut di tempat kejadian oleh pegawai perubatan, manakala Eni, 31, berada dalam keadaan kritikal.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah, kedua-dua mangsa yang berasal dari Indonesia itu dilaporkan pengsan setelah terhidu gas semasa membuka tong simpanan ikan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa meninggal dunia telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan seorang lagi dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

“Bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu dari Hospital Likas, di sini pada pukul 12.03 tengah hari sebelum pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) Balai Bomba Penyelamat Kota Kinabalu bergegas ke tempat kejadian bersama tiga jentera,” katanya.

Jelasnya, operasi mengenal pasti jenis gas beracun itu telah dilakukan itu dan hasil daripada ujian dijalankan tidak terdapat sebarang tanda gas ammonia dilaporkan.

Tamabahnya, setakat ini jenis gas belum dapat dikenalpasti dan operasi tamat pada jam 2.30 petang.- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini