Polis panggil individu kritik Raja-Raja Melayu - Utusan Malaysia

Polis panggil individu kritik Raja-Raja Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis akan memanggil beberapa individu yang didakwa mengkritik Raja-Raja Melayu semasa forum awam mengenai Statut Rom yang berlangsung di Universiti Malaya Sabtu lepas sekiranya perlu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya ada menerima laporan polis berhubung isu berkenaan dan siasatan sedang dijalankan.

“Polis ada menerima laporan daripada badan bukan kerajaan (NGO) yang tidak berpuas hati,  jadi kita siasatlah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita tengok pada keperluan dan kesalahan…sekiranya perlu kita akan panggil untuk membantu siasatan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di sini hari ini.

Katanya, siasatan setakat ini dilakukan di bawah Akta Hasutan dan pihaknya akan melihat sekiranya terdapat undang-undang berkaitan yang boleh digunakan bagi membantu siasatan.

Semalam, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dilaporkan membuat laporan polis terhadap seorang pemimpin politik, antara individu yang didakwa mengkritik Raja-Raja Melayu ketika forum itu berlangsung.

Pada 5 April, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa Malaysia telah menarik diri daripada menandatangani Statut Rom berikutan kekeliruan politik dalam kalangan rakyat. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini