Higuain kekal di Chelsea - Sarri - Utusan Malaysia

Higuain kekal di Chelsea – Sarri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 29 April – Maurizio Sarri percaya Gonzalo Higuain akan kekal di Stamford Bridge pada musim panas ini selepas menyertai Chelsea dari Juventus secara pinjaman, Januari lalu.

Sarri membuat keputusan untuk membawa masuk penyerang Argentina itu bagi menggantikan Alvaro Morata yang berpindah ke Atletico Madrid.

Higuain sudah menjaringkan empat gol dalam 14 penampilannya bersama The Blues dan Sarri menegaskan pemain berusia 31 tahun itu mampu menjaringkan lebih banyak gol untuk kelab pada musim depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Secara teori, ya. Sukar untuk menyesuaikan diri dengan Liga Perdana Inggeris (EPL). Saya fikir musim depan dia dapat menjaringkan lebih banyak gol.

“Untuk penyerang mereka berdepan kesukaran beraksi dalam EPL. Saya masih ingat lagi ketika musim pertama (Luis) Suarez di Liverpool dia cuma menjaringkan tiga gol kemudian 16 dan seterusnya 24,” kata Sarri. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini