Calon DAP tolak kempen bersifat perkauman - Utusan Malaysia

Calon DAP tolak kempen bersifat perkauman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANDAKAN 29 April – Calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan Vivian Wong Shir Yee meluahkan rasa kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang masih mengaitkan parti itu dengan isu perkauman dan agama termasuk mempersoalkan keikhlasannya dalam mendekati masyarakat berbilang kaum.

Katanya aspek perkauman dan agama adalah dua perkara yang dijauhinya dalam berkempen sepanjang PRK ini.

“Bukan hasrat saya untuk mencetuskan pertelingkahan dengan mana-mana masyarakat berlainan kaum dan agama.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Niat saya ikhlas untuk mendekati dan membantu rakyat berbilang kaum dan agama,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Wong diminta mengulas mengenai satu hantaran dalam media sosial yang mendakwa penyertaannya dalam satu program gotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan Islam Sim Sim di sini semalam sebagai satu gimik politik.

Wanita berusia 30 tahun itu berkata penyertaannya dalam program gotong-royong tersebut adalah sebagai menyambung legasi mendiang bapanya Datuk Stephen Wong Tien Fatt yang sering menyertai program tahunan berkenaan ketika berkhidmat sebagai Anggota Parlimen Sandakan.

PRK Sandakan diadakan berikutan kematian Stephen Wong akibat serangan jantung pada 28 Mac lepas.

Calon muda DAP itu dicabar oleh calon Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Linda Tsen Thau Lin dan tiga calon Bebas.

Hari pengundian ialah pada 11 Mei ini. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini