Nelayan dikhuatiri hilang - Utusan Malaysia

Nelayan dikhuatiri hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU KAWAN 28 April – Seorang nelayan dikhuatiri hilang setelah dipercayai terjatuh ke dalam laut di sekitar muara Sungai Semilang, di sini hari ini.

Jurucakap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berkata, bot mangsa, Md. Kasim Chat, 65, telah dijumpai oleh rakan-rakan mangsa kira-kira pukul 11 pagi di kawasan muara Sungai Semilang.

“Bagaimanapun, mangsa tidak berada di atas bot tersebut. Mangsa dipercayai keluar dari jeti kira-kira pukul 6 pagi,” katanya di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sehubungan itu, katanya, Sub-Pusat Menyelamat Maritim (MRSC) Langkawi telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 12.20 tengah hari.

“Operasi SAR masih lagi dijalankan sehingga kini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini