Penampilan selekeh tarik perhatian - Utusan Malaysia

Penampilan selekeh tarik perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETELAH sebulan menjalani rawatan mental di sebuah pusat pemulihan di Beverley Hills, Amerika Syarikat (AS), Britney Spears dilaporkan telah keluar meninggalkan pusat rawatan tersebut sejak 22 April lalu.

Sehari selepas itu, lagu hit Baby One More Time ini meluangkan masa seharian bersama teman lelakinya model, Sam Asghari di sebuah hotel terletak di Beverley Hills.

Foto yang merakam kelibat pasangan itu ketika keluar meninggal hotel tersebut tersebar dalam Internet. Namun apa yang mengejutkan ramai, kerana imej diva pop era 90-an itu yang tampak kurang kemas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dia mengenakan baju gaun mini berwarna merah, hanya berselipar, rambut yang kusut masai dan wajahnya tanpa solekan. Lantas penampilan janda anak dua itu mengundang tanda tanya ramai, adakah dia sudah benar-benar sembuh?

Tidak mahu peminat terus bimbang, pada 24 April lalu, Britney menerusi Instagram miliknya berkongsi video memberitahu semuanya berada dalam keadaan baik dan dia sedang berjuang untuk dirinya.

Dia juga berharap semua pihak dapat memberikan dia ruang dan privasi dalam tempoh untuk dia kembali bangkit dan menjalani kehidupan seperti sediakala.

“Situasi saya adalah unik, tetapi saya berjanji akan melakukan yang terbaik pada masa ini. Kamu mungkin tidak tahu tentang saya, tetapi saya kuat dan berdiri untuk apa yang saya mahu!

“Cinta dan dedikasi kamu amat mengagumkan, tetapi apa yang saya perlukan sekarang adalah sedikit privasi untuk menangani semua perkara yang sukar yang hidup dan jalan yang saya sedang lalui.

“Jika anda boleh melakukannya, saya akan berterima kasih selama-lamanya,” mohon wanita berusia 37 tahun ini.

Degil

Terdahulu, Britney menjalani rawatan mental selepas dikatakan tertekan dengan keadaan bapanya, Jamie Spears, 66 yang hampir menemui ajal akibat penyakit usus.

Pada awal Januari lalu, penyanyi ini sepatutnya memulakan beberapa siri konsert di MGM Las Vegas pada Februari lalu. Namun dia terpaksa membatalkan konsert tersebut dan menghentikan aktiviti nyanyiannya buat sementara waktu kerana menjaga ayahnya yang sakit.

“Keputusan ini cukup berat bagi saya tetapi apa yang penting adalah sentiasa mendahulukan keluarga,” katanya.

Sementara itu, pelawak dan pencipta podcast Britney’s Gram iaitu Tess Barker dan Barbara Gray pula mendedahkan mereka telah menerima sebuah rakaman audio dari seseorang yang mendakwa bekerja di pusat rawatan mental berkenaan.

“Britney sedang sibuk menjalani latihan untuk Konsert Domination. Namun, Jamie (bapa Britney) mendapat tahu anaknya itu sudah lama tidak mengambil ubat seperti yang ditetapkan.

“Dia memberikan pilihan sama ada Britney kembali makan ubat mengikut jadual atau dia akan mendapatkan ubat yang baharu,” kata sumber tersebut.

Namun penyanyi lagu popular dengan lagu Oops!…I Did It Again tetap enggan mengambil ubatnya sehingga membuatkan Jamie marah.

”Sama ada ada ambil ubat ini atau persembahan tersebut dibatalkan. Saya bersusah payah untuk menyokong kamu tetapi tidak kamu tidak mahu mendengar nasihat,” katanya.

Jamie selama ini telah menjadi ‘penjaga’ Britney sejak tahun 2008.

Pelbagai isu dan kontroversi yang timbul dan Jamie yang dikatakan terlalu tegas termasuklah dari segi kewangan, peribadi seperti keputusan Britney boleh berkahwin dan tidak dan keizinan untuk bergambar bersama penyanyi itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini