Tidak ada apa yang pelik pun kalau kita dengar cerita aktres Fathia Latiff sebab kontroversi dengan hidupnya memang seakan tidak dapat dipisahkan. Betul orang kata, bukan sesuatu yang baru kalau dia buat perangai.
Melainkan kalau dia bertukar menjadi seorang yang sopan, mendengar kata dan berubah menjadi seorang wanita Muslimah sejati, maka itu mungkin sesuatu yang baharu untuk kita semua.

Mengenai perbuatan dan keputusannya untuk membuka tudung baru-baru ini, apa yang boleh Mary katakan, Fathia memang ‘pening’.
Kenapa Mary kata begitu? Sebab bukan sahaja Mary tetapi ramai lagi di luar sana terkejut dengan kenyataannya yang seolah-olah menyalahkan pemakaian hijab itulah yang menyebabkan dirinya tidak tenang.
Katanya, selama ini dia dah cuba mencari diri sendiri namun akhirnya selepas tiga tahun barulah dia sedar bahawa bertudung juga tidak mampu membuatkan dirinya berasa ‘penuh’.
Mary faham semua ini memang sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata. Menggalas tanggungjawab sebagai seorang wanita memang banyak dugaannya. Tapi bukankah dugaan juga sebahagian daripada kehidupan?
Kalau pun Fathia memang mahu tampil tanpa hijab lagi, dia sepatutnya berdiam diri sahaja dan jangan memberikan kenyataan yang kurang cerdik. Pernah dengar frasa ‘berdiam lebih baik jika tiada sebarang kata-kata baik untuk dilemparkan’.
Lebih kurang begitulah maksud Mary. Daripada bercakap tapi memperlihatkan sisi hitam, baiklah diam.











