PRK Sandakan: Waktu mengundi 7.30 pagi - 5 petang - Utusan Malaysia

PRK Sandakan: Waktu mengundi 7.30 pagi – 5 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANDAKAN – Waktu mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Sandakan, diawalkan pada jam 7.30 pagi hingga jam 5 petang pada 11 Mei depan.

Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dr, Azmi Sharom berkata, perubahan itu mengambil kira dan menyesuaikan waktu untuk berbuka puasa bagi para petugas, ejen calon dan pemerhati melancarkan proses pengiraan undi.

“Pengumuman keputusan PRK dijangka akan diumumkan sebelum jam 10 malam,” katanya pada sidang media selepas proses penamaan calon di pusat penamaan calon Dewan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Tiong Hua, di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Azmi berkata, tempoh berkempen secara rasmi juga bermula sehingga jam 11.59 malam, 10 Mei depan.

Beliau berkata, sebanyak 17 saluran baharu ditambah di pusat mengundi yang mempunyai ramai pengundi, menjadikan kesemuanya 92 saluran.

“Bagi pengundi yang berumur 60 tahun ke atas akan diwujudkan dua saluran. Manakala pengundi Orang Kurang Upaya (OKU) di saluran satu,” katanya. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini