Kane dipersiap untuk final - Pochettino - Utusan Malaysia

Kane dipersiap untuk final – Pochettino

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 27 April – Harry Kane yang sedang dalam proses pemulihan daripada kecederaan buku lali hanya mampu dipersiapkan untuk aksi final Liga Juara Juara Eropah jika Tottenham Hotspur mampu mara sejauh itu.

Ini ditegaskan pengurus Tottenham, Mauricio Pochettino memandangkan penyerang antarabangsa England itu dilihat tidak sempat cergas sepenuhnya untuk aksi separuh akhir menentang Ajax Armsterdam bulan depan.

“Saya harap begitulah. Bagaimanapun dia melalui tempoh pemulihan itu dengan baik tetapi anda tahulah, ia sukar diramal. Dia mungkin boleh beraksi sebelum atau selepas (aksi final) tetapi bergantung kepada proses pemulihan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami bukan tidak mahu menurunkannya lebih awal tetapi harus memikirkan risiko yang lebih besar. Tetapi ini jangkaan saya sahaja kerana saya bukan doktor. Jika dia dapat pulih dengan cepat, kami akan turunkannya secepat yang mungkin,” kata Pochettino. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini