Pemuda ditahan ragut rantai emas - Utusan Malaysia

Pemuda ditahan ragut rantai emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 April – Tindakan seorang pemuda meragut rantai emas seorang lelaki di sebuah restoran di Jalan Masjid India di sini mengundang padah apabila dia akhirnya diberkas polis malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, suspek berusia lingkungan 20-an itu berjaya ditahan oleh anggota polis yang melakukan rondaan di Jalan Munshi Abdullah.

Pemangku Ketua Polis Dang Wangi, Superintenden Rudy Abdullah berkata, kejadian itu pada mulanya berlaku apabila mangsa berusia 30 tahun dikatakan sedang merokok di bahagian belakang restoran tersebut tiba-tiba didatangi suspek menaiki motosikal lalu meragut rantai emasnya,

Memuatkan artikel berkaitan…

Ujarnya, bagaimanapun, mangsa sempat mengelak dan menyebabkan rantai emasnya terjatuh.

“Suspek kemudiannya melarikan diri menggunakan motorsikal dan abang ipar mangsa yang berada di lokasi terus mengejar suspek sebelum meminta bantuan anggota Polis yang sedang membuat ronda di hadapan Bangunan Cap Square, Alliance Bank di sini.

“Semasa kejadian kejar mengejar tersebut, pemuda itu turut dikatakan bertindak melanggar mangsa sehingga motosikalnya terbabas sendiri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Rudy memberitahu, suspek kemudiannya berjaya ditahan dan berikutan kejadian mangsamengalami kecederaan luka di bahagian kaki, tangan dan kepala di sebelah kiri.

Jelasnya, suspek bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki,tangan, mulut dan dagu.

“Hasil tangkapan tersebut, kita turut merampas sebuah motosikal, topi keledar (1), kunci motosikal beserta cukai jalan (1) telefom bimbit (1), alat penimbang (1), walkie talkie (1) dan pisau boleh laras (1) serta beberapa barangan lain yang disyaki digunakan untuk kegiatan curi motosikal.

“Hasil semakan lanjut motosikal yang dinaiki suspek merupakan motosikal curi dan suspek juga didapati mempunyai dua rekod lampau iaitu kes dadah dan samun,” ujarnya.

Tambah Rudy, permohonan reman akan dilakukan terhadap suspek hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini