Untung bersih 
Bank Rakyat RM1.24 bilion - Utusan Malaysia

Untung bersih 
Bank Rakyat RM1.24 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 April – Kumpulan Bank Rak­yat (Bank Rakyat) merekodkan keuntu­ngan sebelum cukai dan zakat bagi tahun kewangan berakhir Disember 2018 sebanyak RM1.86 bilion dan keuntungan bersih sebanyak RM1.24 bilion.

Bank Rakyat berkata, pendapatan teras operasi kumpulan meningkat 2.4 peratus kepada RM6.49 bilion, berbanding RM6.34 bilion bagi 2017, sebahagian besarnya disumbangkan oleh pendapatan daripada aktiviti perbendaharaan.

Katanya, pendapatan daripada perbendaharaan me­ningkat 11.5 peratus kepada RM1.32 bilion daripada pe­ngu­rusan aset kewangan yang baik serta tumpuan kepada risiko rendah, tetapi hasil pendapatan yang lebih stabil.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ujarnya, pendapatan aktiviti pembiayaan meningkat sebanyak 0.2 peratus kepada RM5.12 bilion berbanding RM5.11 bilion sebelum ini susulan kelembapan pertumbuhan pembiayaan keseluruhan industri dan persaingan se­ngit dalam pasaran.

“Pencapaian yang memberangsangkan ini dicapai meskipun berdepan dengan cabaran kepada margin keuntungan bersih dan juga pelaksanaan MFRS 9 bagi piawaian peruntukan yang baharu.

“Daripada aspek perniagaan, bank terus menunjukkan prestasi yang baik didorong oleh faktor sumbangan lebih tinggi daripada aktiviti pembia­yaan dan perbendaharaan serta kos operasi terkawal,” katanya dalam kenya­taan di sini hari ini.

Tambah bank tersebut, menerusi prestasi kukuh dan fokus dalam pelan pe­rancangan strategik, kumpulan berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai bank koperasi paling tinggi keuntungannya serta sebagai ins­titusi kewangan Islam kedua terbesar di Malaysia.

“Bagi 2019, Bank Rak­yat akan menawarkan pe­ngalaman perbankan terbaik kepada pelanggan menerusi penyediaan kemudahan perbankan teras.

“Di samping itu, memandangkan bank bersaing dalam pasaran yang mencabar, strategi untuk mening­katkan tadbir urus operasi yang merangkumi pematuhan dan integriti masih meru­pakan bahagian penting dalam senarai ke­utamaan bank,” katanya.

Bank Rakyat turut meng­umumkan sumbangan sebanyak dua peratus daripada keuntungan sebelum cukai dan zakat berjumlah RM37.50 juta kepada Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi dan RM18.75 juta kepada Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi.

Pada 13 April lalu, Bank Rakyat mengumumkan pembayaran dividen 13 peratus bagi tahun kewangan berak­hir 31 Disember 2018 membabitkan jumlah sebanyak RM379 juta kepada anggotanya.

Untung 
sebelum 
cukai dan 
zakat 
RM1.86b

Pendapatan teras operasi kumpulan 
meningkat RM6.49b

Pendapatan perbendaharaan meningkat 
kepada 
RM1.32b

Mengekalkan kedudukan 
sebagai bank koperasi paling tinggi keuntungan

Bayaran 
dividen 
13 peratus

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini