Interaksi konsep 'Rahmatan Lil Alamin' capai 50 peratus - Utusan Malaysia

Interaksi konsep ‘Rahmatan Lil Alamin’ capai 50 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Interaksi Jabatan Perdana Menteri terhadap konsep ‘Rahmatan Lil Alamin’ dengan masyarakat sudah mencapai 50 peratus, kata menterinya, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof.

Beliau berkata, kebanyakan interaksi tersebut berlaku dengan jabatan dan agensi kerajaan agar penjawat awam dapat memahami dengan sebaiknya konsep yang cuba diterapkan dalam citra Malaysia Baharu.

“Baki 50 peratus lagi kita akan cuba berinteraksi dengan masyarakat pula dan saya yakin ia mampu dicapai pada hujung tahun ini,” katanya pada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Karnival Ambang Ramadan di Sekolah Kebangsaan (SK) Mentuan di sini, malam tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hadir sama, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Nik Omar Nik Abdul Aziz.

Mengulas lanjut, Mujahid berkata, bagi menyampaikan mesej ‘Rahmatan Lil Alamin’ dengan lebih jelas, pihaknya akan mengadakan Karnival Rahmah peringkat kebangsaan pada Julai ini. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini