Bekalan air pulih sepenuhnya - Syabas - Utusan Malaysia

Bekalan air pulih sepenuhnya – Syabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bekalan air di enam kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air berjadual susulan kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2), telah pulih sepenuhnya.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dalam satu kenyataan berkata, rekod itu berdasarkan pemantauan di lapangan dan bacaan tekanan di sistem-sistem agihan sehingga pukul 6 pagi ini.

Henti tugas LRA SSP2 bermula Rabu lepas sebelum ini dilapor menyebabkan gangguan bekalan air melibatkan 620,835 akaun atau 4,143,465 pengguna di Shah Alam dan Klang, Kuala Lumpur, Petaling, Gombak, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pelanggan terlibat atas kerjasama diberikan ketika gangguan bekalan sementara dan kerja penambahbaikan tersebut,” kata Syabas yang merupakan ahli kumpulan Air Selangor dalam satu kenyataan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini