Sesi perkongsian kerjaya di UNITAR CAREnival - Utusan Malaysia

Sesi perkongsian kerjaya di UNITAR CAREnival

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Universiti Antarabangsa UNITAR (UNITAR) akan mengadakan UNITAR CAREnival 2019 yang bertempat di Kampus Utama UNITAR, di sini hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif UNITAR, B. Puvan dalam satu kenya­taan berkata, karnival sehari itu dijadual dilancarkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Program ini akan berlangsung bermula pukul 9 pagi dan akan berakhir pada pukul 6 petang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pelbagai aktiviti disediakan antaranya ialah pertandingan permainan dalam talian PlayerUnknown’s Battleground (PUBG), sesi perkongsian dengan usahawan seperti Christy Ng, Adrian Gaffor dan Chef Asma,” katanya.

Dalam pada itu, Puvan berkata, karnival yang dijangka menarik ribuan pengunjung termasuk pelajar lepasan sekolah menengah itu merupakan satu bentuk perkongsian strategik dengan menerapkan pembelajaran dan penga­jaran yang memenuhi cabaran pekerjaan hari ini.

“UNITAR CAREnival ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar me­ngenai industri kerjaya masa kini melalui penyampaian program inovatif dan kemudahan kampus yang dipanggil #URSpace,” ujarnya.

Pengunjung karnival itu juga akan dihiburkan dengan persembahan oleh selebriti tempatan seperti Sarah Suhairi, Ariff Bahran, As’ad Motawh dan Harith Iskander. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini