Aaron-Wooi Yik kandas di Wuhan - Utusan Malaysia

Aaron-Wooi Yik kandas di Wuhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 April – Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal meneruskan kemaraan selepas tewas di suku akhir Kejohanan Badminton Asia di Wuhan, hari ini.

Pasangan negara itu menjadi satu-satunya wakil negara yang berjaya ke suku akhir selepas juara dunia dua kali dari Indonesia, Muhmmad Ahsan-Hendra Setiawan menarik diri pada pusingan kedua kejohanan itu.

Mereka yang menghuni ranking ke-15 dunia dikejutkan pasangan ke-41 dunia dari Korea Selatan, Kang Ming Hyuk-Kim Won Ho 15-21, 21-16, 18-21.

Memuatkan artikel berkaitan…

Semalam, kesemua wakil negara terkandas di pusingan kedua termasuk perseorangan lelaki, Chong Wei Feng; perseorangan wanita, Soniia Cheah; dua beregu lelaki, Mohd Arif Latif-Nur Azryn Ayub dan Teo Ee Yi-Ong Yew Sin selain beregu wanita, Vivian Hoo-Yap Cheng Wen dan beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini