Nabatanzi lahirkan 44 cahaya mata - Utusan Malaysia

Nabatanzi lahirkan 44 cahaya mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPALA 26 April – Pada usia 36 tahun, seorang wanita di sini dinobatkan sebagai ‘wanita paling su­bur di dunia’ apabila melahirkan 44 orang cahaya mata.

Portal Mirror melaporkan, Mariam Nabatanzi yang kini berusia 39 tahun melahirkan tiga kali kembar empat selain empat kali kembar tiga dan enam kali kembar dua.

Namun, kehidupan Nabatanzi berubah apabila suaminya meninggalkannya sejak tiga tahun lalu dan kini dia bertungkus-lumus menjaga kesemua anaknya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Nabatanzi berkahwin ketika usia 12 tahun dengan suaminya yang berusia 40 tahun.

Setahun kemudian, wanita tersebut melahirkan anak kembar pertamanya.

Hidup Nabatanzi menjadi le­bih malang apabila dia dan ke­semua anaknya terpaksa hidup bersesak-sesak dalam sebuah rumah kecil yang dibina menggunakan simen serta batu-bata, selain kawasan sekitar dikeli­lingi dengan ladang kopi.

Selepas pasangan kembar pertamanya dilahirkan, wanita tersebut berjumpa dengan doktor yang memaklumkan dia memiliki ovari bersaiz besar luar biasa.

Namun doktor menasihatkan Nabatanzi tidak mengambil pil perancang yang boleh menjejaskan kesihatannya, sekali gus menjadi punca dia kerap me­ngandung.

Ketika berusia 23 tahun, Nabatanzi mempunyai 25 anak dan permintaannya untuk mengambil pil perancang sekali lagi ditolak oleh doktor.

Nabatanzi mempunyai kom­plikasi ketika mengandung buat kali terakhir pada dua setengah tahun lalu apabila seorang daripada bayi kembar duanya me­ninggal dunia ketika dilahirkan.

Selepas itu, suaminya meni­nggalkan dia dan Nabatanzi me­lakukan pelbagai pekerjaan bagi menyara keluarga besarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini