Malaysia belasah Brazil - Utusan Malaysia

Malaysia belasah Brazil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 April – Pasukan hoki lelaki negara tidak berdepan masalah menewaskan Brazil dengan keputusan 6-0 dalam aksi Kumpulan A Siri Akhir FIH 2019 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Kemenangan tersebut membolehkan Malaysia berada di tangga teratas Kumpulan A dengan kelebihan jaringan.

Selepas ini Malaysia di jadual menentang China, Ahad ini, dalam aksi kedua peringkat Kumpulan A.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Roelant Oltmans ketika ditemui pemberita selepas perlawanan, melahirkan rasa puas hatinya dengan aksi Malaysia, hari ini, biarpun terpaksa bergelut mendapatkan jaringan pada suku awal perlawanan.

“Secara keseluruhannya saya gembira dengan permainan mereka, malah, kami berupaya mempamerkan peningkatan terutama selepas suku pertama dan kedua. Pukulan sudut penalti pasukan juga amat baik biarpun ada antaranya tidak menjadi,” kata Oltmans. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini