Kumpulan Utusan ungguli Hadiah Kajai 2018 - Utusan Malaysia

Kumpulan Utusan ungguli Hadiah Kajai 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram



KUALA LUMPUR 26 April – Anugerah tertinggi Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) 2018 Malaysia Press Institute (MPI)-Petronas, Hadiah Kajai 2018 akhirnya milik Kumpulan Utusan menerusi karya dua wartawan Kosmo!, Ahmad Mustakim Zulkifli dan Luqman Ridhwan Mohamed Nor.



Kedua-dua wartawan akhbar kompak itu menghasilkan beberapa penulisan berkaitan kewartawanan alam sekitar yang bertajuk Selangor diancam pencemaran kilang plastik, pencemaran sisa plastik, penguatkuasaan lemah punca aktviti sukar dikekang dan polemik lambakan sisa plastik beracun.



Kedua-dua mereka menerima wang tunai RM30,000, sijil penyertaan dan trofi.

Memuatkan artikel berkaitan…



Selain itu, Ahmad Mustakim dan Luqman Ridhwan turut memenangi kategori Kewartawanan Alam Sekitar Cemerlang Petronas dengan membawa pulang RM10,000, sijil penyertaan dan trofi.



Hadiah tertinggi kewartawanan itu disampaikan oleh Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik.



Selain mereka, tiga lagi wartawan Utusan Malaysia memenangi hadiah saguhati RM1,000 iaitu Pengarang Rencana, Zulkifli Jalil bagi kategori Penulisan Kolum/Rencana Pengarang; Penolong Pengarang Berita (Laporan Khas) Mohammad Yasir Jaafar (Laporan Berita Cemerlang) dan kartunis, Norkamaro Mohd. Noor bagi kategori Kartun Editorial Terbaik.



HKM 2018 MPI-Petronas 2018 menyaksikan 267 penyertaan bagi 20 kategori yang dipertandingkan berbanding 349 pada 2017.

Penjurian telah disahkan oleh Ketua Panel Hakim HKM 2018 MPI-Petronas, Datuk Yong Soo Heong. dan keputusan hakim adalah muktamad. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini