Tawaran biasiswa untuk wartawan Malaysia - Utusan Malaysia

Tawaran biasiswa untuk wartawan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 April – Kementerian Pendidikan menerusi universiti-universiti awam telah menyediakan biasiswa khas untuk para wartawan yang berkeinginan melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, ini merupakan hadiah kementerian bagi menghargai sumbangan dan peranan para wartawan dalam membentuk Malaysia baharu yang sama-sama diidamkan.

“Perincian mengenai biasiswa ini akan disiarkan dalam masa terdekat,” katanya sewaktu berucap pada Malam Wartawan Malaysia 2019 di Hotel Berjaya Times Square di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Yang turut hadir pada majlis ialah Pengerusi Malam Wartawan Malaysia, Datuk Dr. Chamil Wariya.

Tambah Maszlee, kerajaan komited untuk mengukuhkan lagi kebebasan media di negara ini.

Beliau memberitahu, kerajaan akan menyemak semula kerangka undang-undang yang dianggap mengongkong dan mengekang kebebasan media.

Katanya, hal ini sudah pun diiktiraf oleh pihak antarabangsa.

“Misalnya pada 18 April lalu, organisasi yang bernama Reporters Without Borders di Paris telah menaikkan kedudukan Malaysia dalam Press Freedom Index 2019 kepada kedudukan 123 daripada 180 buah negara. Untuk tempoh yang agak lama, Malaysia berada pada kedudukan148 dalam indeks tahunan tersebut.

“Malah, saya tidak terkejut kalau kerajaan akan melakukan apa sahaja yang terdaya untuk membolehkan pelbagai pihak termasuk para wartawan dan penulis blog serta pengamal media sosial yang lain, mendapat maklumat-maklumat tertentu untuk membantu mereka melakukan kerja-kerja penyiasatan dengan kerja lebih baik lagi,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini