PLB jalin kerjasama dengan China Railway, SRA Builder - Utusan Malaysia

PLB jalin kerjasama dengan China Railway, SRA Builder

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 April – PLB Engineering Bhd. menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan China Railway No.3 Engineering Group Co. Ltd. (CR3) dan SRA Builder Sdn. Bhd. untuk bekerjasama dan mengambil bahagian dalam segmen perumahan mampu milik.

PLB dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia berkata, MoU itu menyokong Dasar Perumahan Mampu Milik Negara bagi perumahan mampu milik dan melengkapkan kerjasama ekonomi dan perdagangan China-Malaysia untuk faedah bersama yang akan meningkatkan hubungan politik dan ekonomi dua hala antara kedua-dua negara.

“PLB, CR3 dan SRA akan menggunakan kepakaran, pengalaman, sumber dan saluran mereka untuk mempromosikan pembangunan projek perumahan mampu milik di Malaysia,” katanya di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

PLB berkata, ia telah melaksanakan pembangunan 7,000 buah rumah mampu milik di Tingkat Paya Terubong 5, daerah Timur Laut, Pulau Pinang dan berhasrat untuk melantik sebuah konsortium tidak diperbadankan yang akan dimiliki bersama oleh CR3 dan SRA sebagai kontraktor utama pembangunan tersebut.

MoU itu juga akan berperanan sebagai perikatan strategik dengan CR3 dan SRA untuk mengembangkan lagi perniagaan PLB dalam pembangunan hartanah dan mengekalkan daya saing perniagaan kumpulan itu di pasaran tempatan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini