Car Boot Sale Raya Taman Puncak Jalil pada 28 April hingga 2 Jun - Utusan Malaysia

Car Boot Sale Raya Taman Puncak Jalil pada 28 April hingga 2 Jun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 April – Jualan Car Boot Sale Raya di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan dekat sini akan bermula dari 28 April hingga 2 Jun.

Orang ramai boleh menjual dan mendapatkan pelbagai barangan keperluan hari raya seperti baju raya, songkok, kasut dan kuih-muih pada harga berpatutan.

Persatuan Penduduk Taman Puncak Jalil dalam laman Facebook memaklumkan, walaupun jualan barangan hari raya diutamakan namun jualan barangan terpakai berjalan seperti biasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jualan Car Boot ini memang diadakan pada setiap hari Ahad dari pukul 7 pagi hingga 12 tengah hari di sepanjang Jalan PUJ 3/13, Taman Puncak Jalil.

“Namun sempena menyambut hari raya, kita membuat kelainan dengan menawarkan peluang berniaga kepada sesiapa sahaja yang berminat. Hubungi Zainuddin Zainal di talian 019-332 1562 untuk maklumat lanjut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini