Pavithran terlepas pingat emas Kejuaraan Karate Remaja Asia - Utusan Malaysia

Pavithran terlepas pingat emas Kejuaraan Karate Remaja Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bintang karate muda negara, P. Pavithran ‘berputih mata’ untuk menjuarai acara kumite bawah 57 kilogram (kg) Kejuaraan Karate Remaja Asia yang berlangsung di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, Sabah hari ini.

Harapan atlet berusia 16 tahun itu membawa pulang pingat emas tak kesampaian apabila tewas 0-7 kepada Matsumura Kotetse dalam tempoh enam minit pada aksi final hari ini.

Ini adalah kali kedua berturut-turut Pavithran gagal bergelar juara selepas terdahulu kalah pada aksi final kategori yang sama sewaktu menyertai Kejohanan SEAKF di Bangkok, Thailand dua minggu lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya sudah berjaya ke final tetapi gagal mencatat kemenangan. Ini membuktikan saya perlu terus berusaha lagi untuk memburu kejayaan bergelar juara,” katanya.

Meskipun gagal meraih pingat emas, namun kejayaan itu layak mendapat pujian dan Persekutuan Karate Malaysia pastinya sudah membuka mata terhadap kebolehan dan potensi besar dimiliki Pavithran. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini