Kebijaksanaan MB Johor diperlukan - DMJ - Utusan Malaysia

Kebijaksanaan MB Johor diperlukan – DMJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 26 April – Dewan Muda Johor (DMJ) menggesa Datuk Dr. Sahruddin Jamal menggunakan kebijaksanaan beliau sebagai Menteri Besar untuk menyelesaikan polemik membabitkan kerajaan pusat dan Istana Johor yang disifatkan agak tegang.

DMJ turut meminta Dr. Sahruddin menyatakan pendirian beliau berhubung polemik tersebut, sama ada mengiyakan sahaja apa yang diperkatakan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahtahir Mohamad atau mempertahankan Undang-Undang Tubuh Negeri Johor sebagai seorang Menteri Besar kepada rakyat Johor.

“Dr. Sahruddin juga wajar menyokong usaha Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk bersemuka dengan Dr. Mahathir dalam menyelesaikan isu itu secara baik berbanding beliau berdiam diri dan membisu membiarkan kekalutan itu terus berlaku.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Amat mendukacitakan apabila Dr. Sahruddin belum memberikan sebarang komen kerana di sinilah kebijaksanaan Menteri Besar amat dinantikan rakyat Johor, pendirian beliau berhubung perkara itu amat diperlukan,” menurut DMJ dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada masa sama, DMJ berharap, Dr. Mahathir juga berjiwa besar untuk menerima pelawaan Sultan Johor untuk bersemuka bagi menyelesaikan polemik itu.

DMJ berkata, di sebalik tekanan yang diberikan kepada Johor, baginda dilihat tenang dan matang dalam memberikan kenyataan balas dan memperlihatkan sifat kepimpinan berjiwa besar, maka Dr. Mahathir juga perlu membuat perkara sama demi kepentingan rakyat bagi menyelesaikan sebarang permasalahan.

“Kenyataan Dr. Mahathir berkaitan isu perlembagaan nyata mengejutkan dan menimbulkan perdebatan di kalangan rakyat. Malah, jika dilihat tiada keperluan mendesak Tun Mahathir mengeluarkan kenyataan tersebut memandangkan keadaan di Johor sudah kembali tenang dan stabil,” menurut DMJ menerusi kenyataan itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini