Bursa Malaysia ditutup tinggi - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia ditutup tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 April – Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini berikutan aktiviti belian saham murah dalam saham permodalan kecil dan berharga rendah dalam keadaan sentimen berhati-hati terhadap prospek pertumbuhan ekonomi tempatan dan global, kata para peniaga.

Pada sesi penutup, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.16 peratus atau 2.70 mata kepada 1,638.38 daripada paras penutup 1,635.68 pada Khamis.

Indeks itu dibuka 2.98 mata lebih tinggi kepada 1,638.66 dan bergerak antara paras 1,632.58 dan 1,639.18 sepanjang sesi dagangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 495 berbanding 384 manakala 359 kaunter tidak berubah, 674 tidak diniagakan dan 64 yang lain digantung.

Jumlah dagangan turun kepada 2.84 bilion unit bernilai RM2.06 bilion daripada 3.77 bilion unit bernilai RM2.53 bilion pada Khamis.

Seorang peniaga berkata, para pelabur optimis lawatan kerja Perdana Menteri Tun Dr, Mahathir Mohamad ke China akan memberi hasil positif ke pelbagai sektor dan meningkatkan aktiviti ekonomi tempatan.

“Pada masa sama, penurunan harga minyak, pertumbuhan data ekonomi global yang kurang memberangsangkan, meskipun pendapatan korporat positif oleh syarikat-syarikat utama Amerika Syarikat juga menjejaskan sentimen pelabur menyebabkan berlaku beberapa aktiviti pengambilan untung menjelang hujung minggu,” katanya kepada Bernama.

Laporan bahawa China akan membeli lebih banyak minyak sawit mentah Malaysia pada masa depan menerusi satu perjanjian telah meningkatkan saham berkaitan sawit. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini