Kawasaki tambah pegangan Modenas 30% - Utusan Malaysia

Kawasaki tambah pegangan Modenas 30%

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 April – DRB-Hicom Berhad memetrai perjanjian dengan Kawasaki Heavy Industries Ltd. (KHI) untuk menjual 14,300,00 unit saham biasa di dalam Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas).

Pengarah Urusan DRB-Hicom, Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata, menerusi perjanjian itu, KHI yang telah memiliki 19 peratus saham Modenas akan meningkatkan ekuiti mereka kepada 30 peratus.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, jualan saham tersebut adalah atas dasar persetujuan bersama antara pembeli dan penjual pada nilai RM40.3 juta.

“KHI juga akan membeli 52 juta saham keutamaan boleh tukar (CPS) yang akan dikeluarkan oleh Modenas. Apabila ditukar, pegangan ekuiti KHI di dalam syarikat motosikal nasional tersebut akan meningkat ke 48 peratus.

“CPS tersebut hanya akan ditukar tertakluk kepada Modenas mencapai beberapa tanda aras yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini