Dulu selalu maki saya, sekarang dia kata bukan budaya - Najib - Utusan Malaysia

Dulu selalu maki saya, sekarang dia kata bukan budaya – Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 April – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
melahirkan rasa hairan terhadap Datuk A. Kadir Jasin apabila Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, maki dan carut bukan budaya rakyat Malaysia.

Najib mendakwa, Kadir kerap memaki dan mencarut beliau dalam tulisan-tulisannya sebelum ini.

“Orang ini kerap memaki carut saya dalam tulisan beliau. Tetapi sekarang dia kata pulak bukan budaya kita?

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sekejap begini, sekejap begitu. Pelik,” tulis Najib dalam satu hantaran di Facebook sebentar tadi.

Dalam hantaran itu, Najib turut berkongsi status Kadir dalam Facebook yang ditulis pada pukul 9.37 pagi semalam.

Dalam status tersebut, Kadir menulis, “Najib upah banyak laskar siber. Tapi BN kalah juga. Ertinya mereka ini tidak berguna. Maki carut bukan budaya kita”.

Hantaran itu mengundang 152 reaksi, 16 perkongsian dan lebih 700 komen dengan majoriti mengkritik status Kadir itu.-UTUSAN ONLINE  

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini