FAM harap 24 pasukan terus beri sokongan kepada MFL - Utusan Malaysia

FAM harap 24 pasukan terus beri sokongan kepada MFL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 April – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berharap semua pihak khususnya 24 pasukan yang menjadi rakan kongsi Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) supaya terus memberikan sokongan dan kerjasama dalam merealisasikan kejayaan yang sama-sama kita impikan selama ini iaitu memartabatkan bola sepak Malaysia.

Jelas Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pelbagai perkembangan positif berjaya dicapai MFL sepanjang empat tahun mengendali Liga Malaysia (Liga M).

“Selepas empat tahun penubuhan MFL ini, saya secara peribadi melihat banyak perkara positif yang telah berjaya dilakukan bagi meningkatkan tahap dan mutu liga domestik di negara ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Antara perubahan yang dapat dilihat, setiap pasukan yang bertanding kini memiliki kepentingan dalam industri bola sepak Malaysia sebagai pemegang saham di dalam Liga Malaysia dan mereka bukan lagi hanya sebagai ahli gabungan FAM semata-mata.

“Pasukan-pasukan yang bertanding dalam saingan Liga Super dan Liga Perdana diharap agar terus kekal tenang kerana saya yakin dan percaya bahawa MFL akan dapat menyerahkan geran tahunan kepada semua pasukan sedikit masa lagi selepas mereka memuktamadkan beberapa perkara dengan penaja baharu berikutan penamatan kontrak penajaan Telekom Malaysia (TM), bulan lalu,” katanya menerusi satu kenyataan media di sini hari ini.

“Malah melalui Pelesenan Kelab, kita dapat melihat wakil dari Malaysia kini mampu bersaing di pentas tertinggi Asia apabila mendapat satu slot automatik ke saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan satu slot lagi ke pusingan playoff ACL,” katanya menerusi satu kenyataan media di sini hari ini.

Selain itu, MFL juga berjaya menjalinkan kerjasama dengan liga terkemuka dunia seperti La Liga (Sepanyol) dan J.League (Jepun) membuktikan struktur Liga Malaysia telah berada dalam landasan tepat selepas MFL mula mempraktikkan sistem atau struktur liga-liga elit tersebut.

“Usaha-usaha berterusan MFL ini juga dapat dilihat dengan penubuhan badan bebas pengadil, Pegawai Perlawanan Profesional Malaysia (PMOM) seperti di Liga Perdana Inggeris dalam usaha meningkatkan mutu pengadilan Liga Malaysia,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini