Gangguan bekalan air di Raub Khamis depan - Utusan Malaysia

Gangguan bekalan air di Raub Khamis depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Sebanyak 7,400 akaun pengguna di Raub akan mengalami gangguan bekalan air pada 2 Mei ini.

Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dalam satu kenyataan hari ini berkata, gangguan air dijadual berlaku selama 15 jam bermula pukul 8.00 pagi. 

“Gangguan bekalan air adalah disebabkan kerja membuang pasir di tangki mendapan Loji Rawatan Air Semantan,” menurutnya. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Kawasan yang terlibat ialah seluruh kawasan Cheroh, Kampung Semantan, Kampung Ria, Kampung Kundang Patah, Taman Amalina Perdana, Taman Mutiara, Kampung Sempam, Kampung Sungai Lui, Taman Medan Indah dan Taman Shahbandar. 

Turut terjejas ialah Taman Abu Bakar, Taman Bahagia, Taman Muhibbah, Hospital Raub, Kuaters Tengku Kudin, Taman Sentosa, Taman Amalina Lestari, Taman Kemajuan, Kampung Simpang Kailang dan sepanjang Jalan Cheroh ke Kampung Batu Talam. 

Sehubungan itu, PAIP menasihatkan pengguna menyimpan air secukupnya dan mereka yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan (PULAPEL) dengan menelefon 09-5739999. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini