Penduduk rai imam bersara di Masjid Pulau Lima - Utusan Malaysia

Penduduk rai imam bersara di Masjid Pulau Lima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH – Imam Tua Masjid Mukim Pulau Lima, di sini diraikan kariah masjid itu hari ini selepas bersara dari tugasan pada 4 April lepas.

Ab. Ghafar Awang, 84, lebih dikenali sebagai Pak Muda Ghofar bertugas sebagai Imam Tua masjid berkenaan selama 54 tahun sejak 1965 lagi. 

Menurut wakil penduduk, Yusmadi Hanafi, 40, Ab. Ghafar adalah imam paling lama yang disegani anak mukim selain mempunyai ramai murid yang belajar mengaji Quran. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jasanya dalam membangunkan syiar Islam di kampung ini amat dibanggakan termasuk usaha mengimarahkan masjid dengan ceramah-ceramah agama,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya, kariah masjid menghulurkan hadiah sebagai menghargai jasanya dalam satu majlis khas sebelum solat Jumaat hari ini. 

Menurutnya, penduduk bergotong-royong menyediakan tiga kawah gulai bagi jamuan nasi selepas solat Jumaat.

Pihak jawatankuasa masjid turut menghadiahkan  perabot bernilai RM3,000 sebagai tanda kenangan dan penghargaan. 

Ab. Ghafar dalam ucapan ringkasnya berkata, kerjasama semua pihak memakmurkan masjid menjadi teras perpaduan dan keharmonian kampung itu. 

“Saya berterima kasih dengan majlis yang diadakan ini. Saya hanya bersara untuk jawatan dan tugasan namun imam sembahyang masih boleh diteruskan mengikut situasi dan keperluan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini