Sindiket dadah jadikan Sabah sebagai transit - Utusan Malaysia

Sindiket dadah jadikan Sabah sebagai transit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 April – Sindiket pengedaran dadah dilihat semakin berani menjadikan Sabah sebagai transit untuk mereka menyeludup dadah ke negara jiran sejak kebelakangan ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah memberitahu portal Utusan Borneo, jenayah rentas sempadan khususnya melibatkan pengedaran dadah menjadi perkara utama yang akan diberikan tumpuannya.

Ujarnya, pemantauan rapi akan dilakukan pihaknya bagi menyekat kegiatan tersebut daripada berlaku memandangkan terdapat pengakuan suspek-suspek yang ditahan sebelum ini mendedahkan kegiatan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suatu ketika dahulu, Sabah adalah destinasi untuk pengedaran dadah dari negara jiran, tetapi semenjak akhir-akhir ini situasi sebaliknya pula berlaku,.

“Kecenderungan kegiatan sindiket dadah yang menjadikan negeri ini transit membawa masuk dadah dari negara luar, dan keluar ke negara jiran,” katanya.


Tambah Omar lagi, pemantauan turut dilakukan terhadap mekanisme yang dikenal pasti diguna pakai sindiket dadah untuk merancang pergerakan mereka di negeri ini.

“Kita lihat mereka cenderung menggunakan perkhidmatan kurier, dan kita ada berbincang dengan syarikat-syarikat perkhidmatan ini serta pengurusan lapangan terbang.

“Seboleh-bolehnya pemeriksaan perlu dijalankan terhadap setiap barangan meragukan yang dibawa masuk menerusi kiriman perkhidmatan kurier,” jelasnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini