Kuota matrikulasi: DAP khianati orang Cina - Dominic - Utusan Malaysia

Kuota matrikulasi: DAP khianati orang Cina – Dominic

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 April – Meskipun mempunyai 41 kerusi Parlimen, DAP didakwa langsung tidak memainkan peranan dalam memperjuangkan nasib orang Cina demi menjaga kepentingan peribadi masing-masing.

Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching bahawa beliau tidak mempunyai butiran mengenai isu kuota matrikulasi menunjukkan bahawa DAP hanya memegang jawatan tetapi bukan kuasa sebenar.

“Dari segi pembuatan dasar, mereka tidak mempunyai hak untuk terlibat. Mengapa Nie Ching tidak jadi berani seperti semasa beliau mengkritik kerajaan terdahulu? Bukannya menjadi tenang dan setuju dengan apa saja dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan semasa seperti sekarang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“DAP menerima 95 peratus sokongan orang Cina tetapi pada masa ini, kerana minat peribadi, mereka sanggup mengkhianati masyarakat Cina. Ini tidak boleh diterima,“ katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini