Pihak pertikai polisi berasaskan kaum dibidas - Utusan Malaysia

Pihak pertikai polisi berasaskan kaum dibidas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 April – Polisi berasaskan kaum diamalkan sebelum ini tidak seharusnya diletakkan sebarang had masa kerana ia merupakan perjanjian yang termaktub dalam kontrak sosial iaitu satu bentuk persefahaman antara kaum bumiputera dengan bukan bumiputera semasa pembentukan negara pada 1955.

Timbalan Pengerusi Keilmuan Nasional, Mohd. Faizal Zulkifly berkata, ini kerana polisi tersebut merupakan timbal balas kepada keterbukaan kaum bumiputera untuk menerima kaum bukan bumiputera sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu sebelum dikembangkan kepada Bumiputera Sabah dan Sarawak ketika pembentukan Malaysia pada 1963.

Katanya lagi, menerusi persefahaman yang dicapai ketika itu, kaum bumiputera bersetuju menerima kerakyatan kaum bukan bumiputera dan sebagai balasan hak-hak istimewa mereka seperti pekerjaan dalam sektor awam, biasiswa dan tempat di institusi pendidikan awam termasuk matrikulasi mestilah dijamin.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Keilmuan Nasional membidas pihak-pihak yang mempertikaikan polisi berasaskan kaum dengan mengatakan polisi itu tidak lagi relevan pada masa ini memandangkan peratus pencapaian bumiputera dalam bidang pendidikan yang semakin meningkat.

“Pihak ini juga cuba menangguk di air keruh dengan bertopengkan slogan ‘Malaysia Baharu’ untuk mendesak kerajaan supaya memansuhkan polisi tersebut dan membuka peluang sama rata kepada semua kaum,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya lagi, walaupun Keilmuan Nasional mengakui kaum bumiputera ketinggalan dalam banyak bidang namun polisi berasaskan kaum ini tidak boleh digubal atas alasan tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini