Lelaki pukul bayi hingga mati - Utusan Malaysia

Lelaki pukul bayi hingga mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TENNESSEE 25 April- Kerana tidak dapat mengawal kemarahan, seorang lelaki bertindak memukul bayi berusia empat bulan sehingga mati di sini, baru-baru ini.

Jose Avila-Agurcia bertindak di luar kewarasan selepas mengetahui hakikat bahawa beliau bukan bapa kepada bayi tersebut.

Bayi malang itu meninggal dunia di hospital akibat kecederaan di kepala.

Memuatkan artikel berkaitan…

Doktor mengesahkan bayi itu turut mengalami keretakan pada tulang rusuk akibat dipukul lelaki berkenaan.

Suspek, yang berasal dari Honduras, tinggal di Amerika Syarikat (AS) dan pernah diusir keluar AS sebanyak lima kali.

Beliau kini dipenjara dan tidak dibenarkan untuk diikat jamin.

Pada masa yang sama, Agurcia juga bakal dihadapkan ke mahkamah untuk berdepan pendakwaan atas pembunuhan dilakukannya.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini