Mujur dapat kemenangan percuma - Utusan Malaysia

Mujur dapat kemenangan percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 April – Kemenangan percuma yang diterima beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik semalam ‘menyelamatkan’ Malaysia dalam Kejohanan Badminton Asia di Wuhan hari ini apabila mereka muncul wakil tunggal negara meneruskan kemaraan ke suku akhir.

Kekalahan mengejut pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2016 yang juga pilihan kelima, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying 21-23, 21-14, 15-21 kepada pasangan China, He Jiting-Du Yue dalam beregu campuran melengkapkan hari malang Malaysia di Wuhan.

Bagaimanapun, penarikan diri bekas juara dunia yang juga pilihan keempat, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia membolehkan Aaron-Wooi Yik menarik nafas lega.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beregu No. 15 dunia itu kini akan berdepan pasangan Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Kim Won Ho yang terdahulu mengejutkan pilihan kelapan dari China, Liu Cheng-Zhang Nan 21-13, 12-21, 21-12.

Dalam pusingan pertama semalam, Aaron-Wooi Yik bermandi peluh ketika mengetepikan pasangan Thailand, Kittinupong Kedren-Dechapol Puavaranukroh 21-15, 19-21, 21-17.

Sementara itu, tujuh wakil negara yang beraksi di pusingan kedua hari ini tumbang seorang demi seorang.

Ong Yew Sin-Teo Ee Yi memberi tentangan sengit kepada pilihan kedua, Li Junhui-Liu Yuchen dari China sebelum tewas 23-21, 22-24, 14-21 manakala beregu bebas, Mohamad Arif Ab. Latif-Nur Mohd. Azriyn Ayub tunduk kepada pilihan ketiga dari Jepun Takeshi Kamura-Keigo Sonoda 16-21, 18-21.

Dalam perseorangan wanita, Soniia Cheah gagal menyekat pilihan kedua dari Jepun, Nozomi Okuhara apabila tewas 17-21, 21-12, 21-15.

Saingan beregu wanita pula menyaksikan gandingan Anna Cheong Ching Yik-Lim Chiew Sien tewas kepada beregu Thailand, Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai 15-21, 18-21 manakala Vivian Hoo-Yap Cheng Wen kalah mudah 12-21, 8-21 kepada Lee So Hee-Shin Seung Chan dari Korea Selatan.

Melengkapkan hari malang Malaysia adalah bekas perseorangan lelaki kebangsaan, Chong Wei Feng gagal mencabar juara Olimpik, Cheng Long apabila tunduk 16-21, 7-21. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini