Hoki: Akhimullah masuk ganti tempat Shahril  - Utusan Malaysia

Hoki: Akhimullah masuk ganti tempat Shahril 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Skuad hoki negara menerima tamparan hebat apabila terpaksa melupakan khidmat Muhammad Shahril Saabah menjelang aksi pertama Final Siri Hoki Dunia menentang Brazil di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil malam esok.

Barisan kejurulatihan Malaysia terpaksa membuat pertukaran saat akhir dengan menggugurkan nama Shahril pada kejohanan ini ekoran masalah kecederaan saat-saat akhir dan memanggil penyerang muda dalam pembikinan, Muhammad Akhimullah Anuar Esook mengisi kekosongan tersebut.

Perkara itu disahkan pengurus pasukan Malaysia, Stephen Van Huizen kepada Kosmo! sebentar tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ia bermakna Akhimullah akhirnya mendapat peluang membuat kaps antarabangsa pertama bersama skuad senior selepas terdahulu cemerlang membantu pasukan bawah 18 tahun negara pada Sukan Olimpik Remaja 2018 di Buenos, Aires, Argentina.

Bintang Tenaga Nasional Berhad dari Terengganu itu berjaya menghadiahkan pingat emas buat Malaysia dalam acara hoki lima sebelah selain bergelar penjaring terbanyak kejohanan tersebut.

Ketiadaan Shahril menyaksikan Malaysia hilang seorang penganmbil pukulan sudut penalti tetapi masih mempunyai beberapa pemain yang mampu menggalasnya seperti Muhammad Razie Abd. Rahim, Faizal Saari, Syed Mohd. Syafiq Syed Cholan dan Muhammad Najmi Farizal Jazlan. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini