Sepasang suami isteri ditahan kerana bunuh anak sendiri - Utusan Malaysia

Sepasang suami isteri ditahan kerana bunuh anak sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ILLINOIS 25 April- Sepasang suami isteri diberkas polis kerana dipercayai membunuh anak mereka yang berusia lima tahun.

Jo Ann Cunningham, 36 dan Andrew Freund Sr, 60, sebelum ini membuat laporan palsu berkaitan kehilangan mangsa, Andrew Freund selepas kanak-kanak tersebut hilang sejak seminggu lalu.

Cunningham turut membuat penampilan dalam rancangan Good Morning America untuk merayu supaya anaknya itu dikembalikan segera.

Memuatkan artikel berkaitan…

Namun, keengganannya untuk membantu siasatan polis untuk menjejaki anak lelakinya itu menimbulkan curiga dalam kalangan penyiasat.

Polis, yang menjalankan siasatan mempercayai mangsa tidak melarikan diri atau diculik.

Berdasarkan soal siasat terhadap pasangan itu, polis berjaya menemui petunjuk dan akhirnya menemui kubur mangsa yang terletak kira-kira 20 minit dari kediaman mereka.

Kedua-dua suspek kini berada dalam tahanan polis dan berdepan lima pertuduhan bunuh.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini