Caj ekstra pinggan, cawan: Pemilik restoran nafi niat kaut untung - Utusan Malaysia

Caj ekstra pinggan, cawan: Pemilik restoran nafi niat kaut untung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 April – Baru-baru ini tular dalam laman sosial, sekeping resit bayaran di Restoran Original Penang Kayu Nasi Kandar cawangan SS2/10, Petaling Jaya menunjukkan caj tambahan sebanyak 20 sen dikenakan bagi pinggan dan gelas.

Restoran berkenaan terus mendapat kecaman oleh ‘mahkamah netizen’ yang beranggapan caj dikenakan itu melampau.

Namun, pemilik yang juga Pengarah Urusan restoran tersebut, Burhan Mohamed, 57 sebaliknya mempertahankan bahawa caj yang dikenakan itu adalah susulan gangguan bekalan air sementara di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Selangor bermula semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebenarnya ramai orang salah faham. Kami hanya kenakan caj tambahan 20 sen sewaktu ketiadaan air sahaja. Selepas pukul 10 pagi semalam (Rabu), bekalan air dah kembali pulih, kami pun hentikan caj berkenaan.

“Kami kena sediakan pinggan dan mangkuk sebab menurut notis yang dikeluarkan, katanya, tiga hari tiada air. Ini semua dilakukan demi kebersihan. Tak ada air macam mana nak cuci kan?

“Saya rasa sakit hati, orang cakap saya nak untung banyak. Ini bukan caranya, sedih bila mereka fikir kita nak kaut untung,” kata Burhan seperti dipetik portal berita mStar di sini hari ini.

Semalam, pengguna laman sosial diTwitter dan Instagram berkongsikan salinan resit berkenaan termasuk Exco Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali sebagai Papagomo.

Papagomo dalam hantaran di laman Twitter rasminya, @Sir_Azri berkata: “Lepas ni bawa cawan pinggan sendiri lah jawabnya. Makin teruk tekanan buat rakyat di bawah ni. Pemimpin kerajaan pulak sibuk dengan politik berebut jawatan”.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini