Jangan cemari masjid, surau di Johor - TMJ - Utusan Malaysia

Jangan cemari masjid, surau di Johor – TMJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 25 April – Tungku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan semua pihak supaya tidak mencemari masjid dan surau di negeri ini dengan apa-apa perkara yang boleh akidah dan perpaduan merosakkan umat Islam.

Beliau berkata, hanya perkara-perkara berkaitan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dibenarkan melibatkan ceramah, khutbah dan kuliah di masjid serta surau di negeri ini.

“Kepada mereka yang ingin berceramah tentang agama Islam di negeri ini, pertama mesti memiliki tauliah dan kebenaran Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ). Kedua sentiasa peka dan prihatin isu-isu semasa bukan berceramah mengikut hati seolah-olah mewujudkan was-was.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini akan mencalarkan lagi keharmonian dan kekukuhan umat Islam di Johor. Begitu juga penceramah-penceramah daripada parti-parti politik. Walaupun memiliki keluluasan agama tetapi disebabkan kecenderungan parti politik tertentu menyebabkan ceramah cenderung kepada politik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Multaqa Ulama Kali Ke-7 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di sini sebentar tadi yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Dr. Sahruddin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini