KUALA LUMPUR 25 April- Sebuah lori treler dilaporkan terbalik di Kilometer 434.8 Lebuh Raya Utara-Selatan arah ke selatan dari Bukit Beruntung menghala Rawang dekat sini awal pagi tadi.
Kejadian kira-kira pukul 4.50 pagi itu menyebabkan semua laluan di lokasi kejadian terhalang.
Difahamkan, treler yang membawa muatan batang besi itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik.
Memuatkan artikel berkaitan…
Bagaimanapun, pemandu treler berkenaan dilaporkan hanya mengalami cedera ringan.
Susulan itu, aliran lalu lintas dilencongkan sementara ke susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya sebagai laluan alternatif untuk semua jenis kenderaan.
Kesesakan dilaporkan berlaku kira-kira satu kilometer di laluan berkenaan.-UTUSAN ONLINE











