Piala Super Sepanyol di Arab Saudi - Utusan Malaysia

Piala Super Sepanyol di Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID 24 April – Piala Super Sepanyol mungkin akan diadakan di Arab Saudi bermula 2020 selepas Presiden Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF), Luis Rubiales hari ini mengakui, perkara itu tidak mustahil.

Menurut laporan akhbar Sepanyol, Marca, RFEF sedang mengadakan rundingan untuk menandatangani perjanjian enam tahun bagi membolehkan kejohanan tersebut berpindah ke Asia Barat bermula pada Januari 2020.

“Ia tidak mustahil berlaku,” kata Rubiales ketika bersarapan bersama pemberita hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut laporan itu lagi, perjanjian tersebut akan membolehkan RFEF menerima sekitar 30 juta euro (RM138.68 juta) setahun.

“Ia agak sukar untuk mencapai jumlah tersebut, sangat..sangat sukar.

“Bagaimanapun kami sedaya upaya cuba menghampirinya,” kata Rubiales lagi.

Rubiales juga mahu menukar format Piala Super Sepanyol yang ketika ini menemukan juara La Liga menentang juara Copa del Rey.

Perubahan yang mahu dilakukan bakal menyaksikan persaingan melibatkan empat pasukan itu dua pasukan terbaik La Liga dan Copa del Rey. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini