MB nafi galak jual ayam tidak halal - Utusan Malaysia

MB nafi galak jual ayam tidak halal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 24 April – Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun menafikan beliau mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah menggalakkan penjualan ayam tidak halal di Negeri Sembilan.

AMINUDDIN HARUN
AMINUDDIN HARUN 

Beliau berkata, jawapan bertulisnya berkaitan isu halal dan kebersihan ayam segar di pasar raya dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini telah diberi tafsiran tidak tepat oleh pihak media.

Tambahnya, komen-komen warga maya kemudian menggambarkan beliau seperti menggalakkan penjualan ayam tidak halal.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ingin saya jelaskan bahawa dasar pensijilan halal bersifat terbuka dan sukarela, sekali gus pengusaha pasar raya bebas mendapatkan bekalan ayam mentah dari rumah sembelihan yang mempunyai sijil halal atau tidak.

“Ayam yang dalam pembungkusan boleh dikenalpasti status halal melalui logo halal yang tertera dan boleh disemak kesahihannya dalam direktori www.halal.gov.my.

“Bagi yang tiada, maka status halalnya adalah di luar pengetahuan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sikamat itu menjelaskan bahawa, jawapannya itu hanyalah berhubung dasar pensijilan halal dan kaedah penjualan ayam di pasar raya.

“Malah jawapan saya juga menasihatkan pengguna membeli ayam yang dibungkus oleh pembekal yang telah mendapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini