Kepentingan menjaga kelestarian alam sekitar merupakan satu perkara wajar diterapkan ke alam minda rakyat Malaysia khususnya generasi muda.
Memastikan pembangunan dirancang perlu selari dengan kelestarian alam, antara isu pokok yang perlu difahami apatah lagi sekiranya ia melibatkan sosioekonomi penduduk setempat.
Justeru projek pembangunan, penjagan dan pemuliharaan alam bukan bermakna tidak boleh melakukan penebangan pokok di hutan atau penangkapan ikan di sungai atau laut tetapi sejauh mana sumber tersebut tidak terus dihabiskan.
Konsep tersebut menurut Pengurus Besar Aquaria KLCC (Aquaria), Daryl Foong, perlu difahami supaya sebarang langkah yang diambil dalam konteks pemuliharaan tidak menganiaya mana-mana pihak kerana dengan menghalang pokok ditebang atau ikan ditangkap akan ada penduduk yang mungkin hilang punca pendapatan.
“Kita perlu perlu melakukan langkah-langkah lestari iaitu menggantikan sumber yang telah ambil atau gunakan supaya tidak kehabisan sumber, ujarnya .
Oleh itu bagi memastikan penggunaan sumber yang terkawal dan tidak digunakan secara tamak manakala penduduk akan terus mendapat manfaat daripadanya, maka semua pihak perlu memikirkan jalan terbaik ke arah itu.
“Kalau ada orang mengusahakan penjualan batu karang seabgai contoh, ia bukan satu masalah sekiranya mereka ada usaha menghasilkannya sendiri dan bukan diambil secara terus daripada habitat asalnya, ‘‘ ujar beliau lagi.
Generasi muda perlu diberi pendedahan mengenai perkara tersebut supaya mereka memahami, menghayati dan seterusnya mengamalkannya.
Aquaria kata beliau sejak penubuhannya 14 tahun lalu juga sudah mengorak langkah memberi kesedaran menerusi pendidikan dan pembelajaran dengan mengadakan kerjasama bersama pelbagai pihak termasuklah Kementerian Pendidikan dan institusi pendidikan lain.
Contohnya konsep living classrom yang memberi peluang kepada pelajar sekolah mengenali dunia haiwan secara hidup. Langkah ini akan memberi lebih keseronokan kepada mereka di samping konteks pembelajaran interaktif.
The Living Classroom merupakan sebahagian program Aquaria bersama rakan kongsi Kementerian Pendidikan.
Menerusi kerjasama tersebut, Aquaria membangunkan modul pembelajaran selari dengan silibus pendidikan bersama kementerian berkenaan menggunakan Aquaria sebagai platform pembelajaran merentasi bilik darjah.
Dengan menggunakan garis panduan Pendidikan Abad ke-21 (PAK-21), modul berkenaan dibangunkan untuk memberi inspirasi kepada guru-guru supaya berfikir secara kreatif.
Hasilnya nanti guru-guru boleh melengkapkan pelajar dengan pelbagai kemahiran merangkumi kebebasan, komunikasi, penyelesaian masalah dan inisiatif sendiri.
“Pengalaman living classroom yang diintegrasikan dengan silibus sains dan haiwan hidup serta persekitaran Aquaria dengan menyatukan bilik darjah tradisional. Cara ini dapat memberi peluang kepada pelajar mengenai dunia sebenar yang diterangkan dalam buku teks dan membolehkan mereka lebih memahami teori serta aplikasi silibus berkenaan, meningkatkan pengalaman pembelajaran secara keseluruhan.
Semua bahan aktiviti dan kandungan video pembelajaran disediakan oleh Aquaria dan dikongsi bersama dengan Kementerian Pendidikan. Guru boleh mengubahsuai sekiranya perlu mengikut kaedah pembelajaran masing-masing.
Kandungan video pendidikan dan maklumat juga dimuat naik dalam EduwebTV.com.











