Hari Tanpa Kenderaan Hulu Selangor Sabtu ini - Utusan Malaysia

Hari Tanpa Kenderaan Hulu Selangor Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 April-Orang ramai dijemput memeriahkan program Hari Tanpa Kenderaan Hulu Selangor anjuran Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) yang akan diadakan di Jalan Orkid, Bandar Bukit Sentosa, Sabtu ini.

POSTER Hari Tanpa Kenderaan MDHS 2019 yang bakal diadakan pada Sabtu ini.

MDHS memaklumkan, program antara lain bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan penduduk setempat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Program akan bermula dari pukul 6.30 pagi hingga 12 tengahari. Pelbagai acara diatur sepanjang program berlangsung termasuk pameran dan pembukaan kaunter seperti Air Selangor, kaunter daftar memandu dan sebagainya,” menurut kenyataan MDHS di sini.

Tambah kenyataan itu, 500 pengunjung terawal yang mendaftar berpeluang mendapat hadiah misteri.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini