Dakwaan Exco Perak tidak tepat - JPA - Utusan Malaysia

Dakwaan Exco Perak tidak tepat – JPA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 24 April -Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menafikan dakwaan Exco Perak, Paul Yong Choo Kiong bahawa Datuk Zamri Man tidak hadir bertugas tanpa mengemukakan surat cuti (AWOL).

JPA sebaliknya menjelaskan bahawa tempoh perkhidmatan Zamri Man sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah dipendekkan mulai 17 Februari lalu atas faktor kesihatan.

Jelasnya, pegawai terbabit telah ditempatkan di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak mulai 18 Februari lalu bagi menjalani rawatan pemulihan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tambahnya, Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak telah mengenal pasti calon pengganti yang bersesuaian dan akan melaksanakan pengisian jawatan tersebut dalam masa terdekat.

“Dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh selaku Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu, Paul Yong Choo Kiong bahawa Zamri akan disingkirkan daripada jawatan Datuk Bandar MBI kerana tidak hadir bertugas tanpa cuti (AWOL) , tidak mengemukakan sebarang sijil sakit dan menghilangkan diri selama beberapa bulan adalah tidak tepat seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan baru– baru ini, “ jelas jabatan itu dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Yong Choo Kiong dilaporkan berkata, Zamri bakal digugurkan sebagai Datuk Bandar Ipoh kerana tidak hadir tanpa cuti (AWOL).

Beliau berkata, Zamri yang difahamkan tidak sihat, tidak mengemukakan sebarang cuti sakit dan tidak hadir selama beberapa bulan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini