Utusan beri akses Tutor percuma kepada 120 pelajar berkeperluan khas - Utusan Malaysia

Utusan beri akses Tutor percuma kepada 120 pelajar berkeperluan khas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 April – Utusan Melayu (M) Berhad melalui anak syarikatnya Tintarona Sdn. Bhd. telah memberikan akses percuma kepada 120 pelajar berkeperluan khas untuk mengakses ke portal pendidikan tutor.com sebagai membantu persediaan mereka dalam menghadapi peperiksaan utama pada tahun ini.

Majlis penyerahan sumbangan itu telah diadakan sempena program Sinar Kasih yang disempurnakan oleh isteri Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali di Shah Alam semalam.

Turut hadir Presiden MSU Prof Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid; Timbalan Yang Dipertua KASIH MALAYSIA Datin Seri Shamsidar Taharin dan Pengarah Program Sinar Kasih Datin Norlin Shamsul Bahri.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sinar Kasih merupakan program yang diilhamkan oleh Pertubuhan Kebajikan Amal Silaturahim Isteri-Isteri Harapan Malaysia (KASIH MALAYSIA) bagi memberi akses pendidikan kepada semua pelajar berkeperluan khas di negara ini.

Ini merupakan program ‘home coaching’ yang mensasarkan pelajar sekolah menengah yang menghidap penyakit kronik dan Orang Kelainan Upaya (OKU).

 

Pengurus Besar Tintarona, Roslan Ghani berkata, pemberian akses percuma kepada portal pendidikan tutor.com itu merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial (CSR) Kumpulan Utusan bagi sama-sama membantu menjayakan program Sinar Kasih tersebut.

Menurut Roslan, melalui akses percuma itu, pelajar-pelajar terbabit boleh mengakses kepada lebih 100,000 bank soalan dalam tutor.com bagi tujuan latih tubi yang dapat membantu mereka membuat persediaan untuk peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM.

“Program ini membabitkan 60 kawasan Parlimen yang diwakili oleh menteri dan timbalan menteri dengan dua orang pelajar berkeperluan khas dipilih dari setiap kawasan Parlimen ini,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini