Penutupan R&R Bentong dilanjut hingga Mei - Utusan Malaysia

Penutupan R&R Bentong dilanjut hingga Mei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 April – Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Bentong arah Barat yang ditutup pada Mac hingga April ini akan dilanjutkan sehingga Mei depan bagi kerja-kerja naik taraf yang masih dijalankan.

Lebuhraya Pantai Timur dalam satu kenyataan memaklumkan, kerja-kerja penambahbaikan masih dijalankan di kawasan hentian berkenaan sehingga diberitahu apabila siap sepenuhnya nanti.

“Oleh itu, pengguna dinasihatkan untuk menggunakan Hentian R&R Genting Sempah sebagai alternatif,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini