Pemuda murung nyaris rentung dalam kebakaran - Utusan Malaysia

Pemuda murung nyaris rentung dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG 24 April – Seorang pemuda yang dipercayai mengalami masalah kemurungan nyaris rentung selepas kediamannya di Kampung Rhu Renggeh di sini hangus dijilat api, malam tadi.

Ketika kejadian kira-kira pukul 9.45 malam itu, mangsa yang berusia 37 tahun dikatakan sedang tidur di ruang tamu.

Insiden itu turut menyebabkan sebuah lagi rumah separuh kekal yang terletak bersebelahan musnah keseluruhannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kebakaran dipercayai berpunca daripada salah sebuah bilik di rumah mangsa, bagaimanapun pemuda itu dikatakan sempat menyelamatkan diri dengan terjun melalui tingkap ketika api marak sebelum meminta pertolongan jiran.

Komander Operasi Jabatan bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Marang, Mohd. Salim Mat Seman berkata, bomba mengerahkan seramai 16 anggota dari balai Marang dan Kuala Terengganu ke lokasi apabila dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Katanya, setibanya di lokasi kejadian kira-kira 70 peratus rumah kedua telah terbakar dan keadaan itu disebabkan kedudukan rumah yang berhampiran di samping struktur binaan daripada kayu yang menyebabkan api merebak dengan pantas.

“Bagaimanapun tiada kecederaan jiwa dilaporkan dan punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini