Komuniti Islam Sri Lanka beri amaran - Utusan Malaysia

Komuniti Islam Sri Lanka beri amaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOMBO 24 April – Komuniti Islam di Sri Lanka memberi amaran kepada pihak berkuasa mengenai ahli agama yang menjadi batu api sejak beberapa tahun lalu.

Kini, Zahran Hashim mungkin memainkan peranan utama dalam serangan terburuk di negara itu.

Sebuah video disebarkan mendakwa kumpulan militan Daesh bertanggungjawab serangan itu yang mengorbankan lebih 350 orang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Zahran dengan wajah bulat dalam rakaman video itu menampilkan mukanya berbanding lapan lagi yang menutup menggunakan skaf berkotak warna putih dan hitam.

Kerajaan Sri Lanka telah menudinng jari terhadap Zahran secara tidak langsung dengan kumpulan National Thowheeth Jama’ath (NTJ) menjadi suspek utama.

Sebelum serangan itu, dia tidak begitu dikenali di media sosial termasuk di Sri Lanka. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini