Pameran Doraemon tidak diluluskan untuk promosi Tahun Melawat Malaysia - Utusan Malaysia

Pameran Doraemon tidak diluluskan untuk promosi Tahun Melawat Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 24 April – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi tidak akan meluluskan cadangan pameran lukisan bertemakan animasi terkenal Jepun, Doraemon, sebagai sebahagian promosi bersempena kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020 jika dikemukakan kepadanya.

Mengulas tentang kenyataan Pengerusi Balai Seni Negara, Datuk Rashidi Hasbullah berhubung cadangan itu dalam satu majlis baru-baru ini, beliau berkata, ia adalah kenyataan peribadi Rashidi dan bukan dipersetujui kementeriannya bagi tujuan promosi TMM 2020.

“Jika perkara itu dibawa kepada saya, saya tidak akan luluskan,” kata Mohamaddin dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam satu majlis 11 Mac lepas di KLIA2, Rashidi dilaporkan bercadang mengadakan pameran lukisan bertemakan kartun Doraemon bersempena TMM 2020 memandangkan animasi dari Jepun itu mempunyai ramai peminat di seluruh negara.

Mohamaddin berkata sekiranya beliau mahu mengangkat watak animasi untuk kempen TMM2020, watak tempatan yang popular akan dipilih dan bukannya dari negara luar.

“Saya tidak pernah meluluskan sebarang promosi yang melibatkan watak kartun animasi Jepun itu dan ia sama sekali tidak termasuk dalam promosi kita,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini